PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI JOHOR
Pertubuhan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Johor (PEMINOR) merupakan badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang berperanan membantu meningkatkan taraf pendidikan di Negeri Johor terutamanya bagi golongan Kategori Asnaf, Kumpulan B40 dan Komuniti Orang Asli dengan menganjurkan program pendidikan dan modal Insan seperti program Transisi, Kepimpinan serta program Pembangunan Kerjaya. Kami juga memberi sumbangan seperti bantuan alatan persekolah kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Peminor juga menjadi jambatan penghubung antara komuniti dan kerajaan dalam program pendidikan dan pembangunan modal insan.
"Langkah Kecil, Impian Besar: Kisah PEMINOR"
Di sebuah negeri yang kaya dengan budaya, warisan, dan semangat juang — Johor lahir satu pertubuhan dengan misi yang besar: Pertubuhan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Johor (PEMINOR).
PEMINOR bermula dengan satu soalan asas:
Bagaimana kita membentuk insan yang bukan sekadar berilmu, tetapi juga berintegriti dan berdaya saing untuk masa depan anak bangsa?
PEMINOR percaya bahawa setiap insan memiliki potensi besar. Dengan bimbingan yang betul, nilai yang teguh, dan peluang yang saksama. Di bawah panji pendidikan berkualiti dan pembangunan berterusan, PEMINOR melangkah merentas sekolah, komuniti, dan pelbagai lapisan masyarakat.
Satu demi satu kejayaan dibina – bukan untuk kemegahan, tetapi untuk satu cita-cita murni: ""Memperkasa Pendidikan, Membangun Potensi"."
"Setiap langkah yang kami ambil bersama pelajar, komuniti dan rakan strategik adalah bukti komitmen kami terhadap misi PEMINOR — memperkasa pendidikan, membangun potensi. Ini adalah sebahagian daripada perjalanan kejayaan kami.".
"Sebagai organisasi yang komited kepada pembangunan pendidikan dan modal insan, PEMINOR sentiasa bergerak ke hadapan. Ikuti berita, pengumuman dan inisiatif terbaru kami di sini.".
X Leadership Camp Iskandar Puteri 2025 ~Exploring Leaders of Tomorrow bukan sekadar kem kepimpinan. Ia adalah sebuah platform pembangunan kepimpinan intensif yang menyasarkan pelajar dan pemimpin muda untuk menjadi bakal pemimpin yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan memupuk sifat Kreatif & inovatif dalam menyelesaikan masalah, dan berkongsi cerita dengan kearah menjadi pemimpin berintegriti yang memimpin dengan nilai dan teladan. Program ini dibangunkan berasaskan modul kepimpinan nilai, experiential learning, dan aktiviti luar kelas yang menyeronokkan, bagi membina bukan sahaja pengetahuan, tetapi jati diri dan sahsiah.
"Di dunia serba moden ini, teknologi adalah langit yang terbuka luas. Anak-anak Orang Asli juga berhak menggapai bintang di langit itu. Melalui Program Transisi 'Misi Langit Terbuka', PEMINOR memperkasakan generasi muda komuniti Orang Asli dengan ilmu, impian, dan keberanian untuk meneroka dunia teknologi tanpa sempadan.".
PEMINOR sekali lagi mengorak langkah memperkasa pembangunan modal insan melalui program khas "Kembara Aspirasi MADANI 2.0". Kali ini, destinasi kami adalah negeri penuh sejarah — Pulau Pinang! Melalui program ini, PEMINOR membawa semangat pendidikan berteraskan nilai MADANI merentasi negeri, memperluaskan aspirasi membentuk generasi muda berilmu, beretika dan berdaya saing. "Kembara Aspirasi MADANI 2.0" merupakan kesinambungan daripada edisi pertama yang telah membawa impak besar di Johor, dan kini diteruskan dengan lebih banyak sesi kepimpinan, bengkel pembangunan diri, dan kolaborasi komuniti di utara tanah air. Penang, bersiaplah! Kami datang dengan semangat, iltizam dan misi untuk membina masa depan yang lebih gemilang!
"PEMINOR berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan membina generasi Johor yang lebih berilmu dan berdaya saing. Lihat sendiri sebahagian daripada aktiviti, program, dan detik-detik bermakna bersama komuniti pendidikan kami.".
"Kami di PEMINOR percaya bahawa kejayaan kami diukur melalui perubahan yang kami bawa kepada individu, sekolah, dan komuniti. Dengar sendiri pengalaman mereka yang telah bersama kami.".
Tiada sumbangan yang terlalu kecil. Bersama, kita boleh mencipta impak yang besar. Sertailah kami hari ini dan jadilah inspirasi untuk perubahan. Bersama PEMINOR, Kita Membina Harapan..
Event Alumni PEMINOR adalah satu inisiatif menghimpunkan bekas peserta, sukarelawan, jurulatih, fasilitator dan rakan strategik PEMINOR dalam satu platform untuk berkongsi perjalanan, membina jaringan baharu, dan memperkukuh semangat memperkasa pendidikan serta pembangunan modal insan. ..
Bersama PEMINOR, kita tidak hanya memberi ilmu, tetapi membuka peluang, membina impian, dan menyalakan semangat generasi baru. Jadilah sebahagian daripada perubahan. Jadilah sumber harapan dengan memberi sumbangan tenaga, ilmu, idea dan lain-lain.
Program Apple Education adalah kerjasama akan datang bersama Institut Dato Onn kepada pelbagai inisiatif Apple dalam bidang pendidikan, fokus pada penggunaan teknologi Apple (iPad, Mac, aplikasi kreatif) untuk memperkasa pembelajaran moden dan unik.